Monday, December 20, 2010

Reunion Ex-SMD inconjuntion Aidilfitri Celebration

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokha tu... alhamdulillah dengan izinNya dapat kita menjayakan majlis yang tak seberapa tapi memberi makna yang cukup besar dalam ertikata 'Persahabatan'.. Terima kasih jua kepada semua yang meluangkan sedikit masa berharga demi perjumpaan ini.. dan terima kasih jua kepada Ayik, Sarina, Lani, Su, Mat Roji dan beberapa lagi kerana terlibat secara langsung dan tak langsung.. aper pun.. jangan berhenti disini kerana perjalanan kita masih jauh..

terpikir aku ...

Dari setiap pelusuk kita semua datang sama ada dari ceruk Dabong sendiri, Kemubu, Seri Jaya, Sri Mahligai, To Seng, Jerek, Dale La, Star, Meranto, Bertam Lama, Bertam Baru, Limau Kasturi dan jika kita menghala kehilir kita dari Kuala Gris, Bukit Abu, Slow Pak Long, Slow Mengkuang, Lancang, Slow Temiang bermacam daerah lagi kita datang, kita dikumpulkan disini oleh sistem pendidikan, terima kasih kepada ibu bapa kita kerana inisiatif ini diambil sekurang-kurangnya kita mampu membaca dan mengira, sekurang-kurangnya... kita berjaya selebihnya bergantung kepada usaha, rezeki dan perjalanan hidup kita yang telah ditentukan olehNya..

Sekolah Menengah Dabong... memberi impak kehidupan yang cukup bermakna kepada kita, di sini kita mengenali pengajar yang memberi tunjuk ajar, kesinambungan pendidikan yang ibu dan ayah kita mulakan di rumah, di sini kita mengenali orang lain setelah kita mengenali diri kita, malah di sini... kita juga mengenali orang lain yang juga pada masa itu kita masih lagi belum mengenali diri kita sendiri, pernah aku terdengar ungkapan dari mulut guruku "mengenali diri sendiri adalah lebih sukar dan amat jerih dari mengenali orang lain..." malah masih ada diantara kita, jika ditanya 'Apakah engkau mengenali dirimu? apakah falsafah hidupmu? dan berpandukah hidupmu dengan falsafah itu?...' kaku dan tersenyum.. kebuntuan...

Di sekolah ini juga kita belajar bermain dengan emosi, kita marah, kita bengang, kita cemburu, kita cuba untuk menunjuk riak dan ego, kita megah dan bangga, rasa 'gedebe', hensem mahupun cantik, 'gorgeous' lah orang putih cakap, kita juga mula menunjukkan pengaruh dan kepimpinan, jadi ketua itu dan ketua ini, gang itu dan gang ini, kejaguhan dan kejantanan dan ini membuatkan kita bertumbuk, kita bertengkar, kita tidak sebulu, kita mengata dan mengumpat, kita mengalami perubahan-perubahan yang memberi kita persediaan untuk kehidupan bermasyarakat yang mana dunia realiti diluar zon sekolah ini. Kita mewujudkan beribu malah berjuta kisah 'KITA' di sini.

Di sekolah ini juga kita mula bermain dengan hati dan perasaan, kita mula meminati, mula menyukai dan kita mula untuk menyintai. Tapi di sini kita diajar dengan batas-batas sesebuah perhubungan itu, di sini juga tergolek-golek kita jatuh cinta, kata orang cinta di sini adalah 'Cinta Monyet..' jika benar itu maka aku juga antara monyet-monyet itu, jika nak dihuraikan di sini maka... tidak terurai, perlukan satu 'page' yang tersendiri.. hmmm aku akan ciptakan juga suatu masa nanti, mesti menarik untuk dikongsi bersama, tetapi perlukan keizinan kerana banyak nama terlibat dalam plot-plot itu nanti... betapa sucinyer cinta-cinta dan monyet-monyet pada masa itu, cinta yang lahir dari sebuah perasaan.. kalau sekarang cinta itu lahir dari asas kegeraman ... mmm tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak..

Jika dilihat pada isu diatas, kita banyak mengecewakan dan juga dikecewakan, kita dijanjikan dengan seribu harapan malah kita juga menabur sejuta pengharapan dan janji-janji yang kita sendiri belum pasti penuaiannyer, bukan salah kita ataupun dia jika hubungan yang kita jalinkan dulu tidak kesampaian, tetapi dimanakah dia sekarang, haruskah kita bersemuka untuk memohon maaf diatas janji-janji dulu, adakah isterinya lebih bagus dari aku, adakah suaminya lebih baik dari aku, tapi aku berdoa agar engkau mendapat pasangan yang jauh lebih bagus dan lebih baik dari aku.. amin

Tidak pernah kita lupa dengan cikgu-cikgu yang seolah-olah penggilap, kita datang bagaikan seketul batu, merekalah yang menjadikan kita seperti mana kita sekarang, berjayakah mereka dengan tanggungjawabnyer atau kita yang gagal dalam tanggungjawab kita, kita gagal maka kita akan gagal tetapi sekiranya mereka gagal kita masih belum gagal.. kegagalan kita bukan dari kegagalan mereka.. tetapi kejayaan kita adalah kejayaan mereka, semoga tahun-tahun yang mendatang akan menemukan kita dengan mereka dimajlis-majlis yang kita sendiri kena usahakan..

al-fatihah
Allayarham Samsi Bahrin (Tiada dalam gambar)
Allahyarham Rosdan Imail (Tiada dalam gambar)
Allahyarham Aziz Zakaria (Tiada dalam gambar)

click on picture for enlarge (right click for save)
Mr. President - Ayik bertanyakan sesuatu pada Ustaz Daud...

Siti Rohaiza dan Siti Zaleha.. ala satu geng laaa ngan Siti Nurhaliza tu.. ramai admire ni ...

Rozi, Roji, Rogi... mace-mace bulih panggil, tapi hok soho keno bubuh nama gelaran.. tapi sempena hari raya ni malah nok gelar, tapi kalu tengok live, smak ni budok Kuala Gris ni.. paka keto besar pulok tu.. main bola pun sedak.. tino jah tak dok.. tak dok?
 Sarina, Pok Li dan Idi ... setelah bertahun tidak berjumpa, ternyata kemesraan masih terjalin utuh

 Seronok tengok kerenah masing-masing setelah dapat jumpa sahabat lama.. ermmm cun jugak kawan bini aku tu...!

 Tuan Norhayati.. sedap!! meluk Siti Rohaiza tu.. sapa laa nak peluk aku ni...

 Sapo tok kena akuuu.. aku tapar palo tu.. ha ha ha ha aku UJUD kawan Pak Cu Lizi.. Selamak Hari Raya pada semua..

 Noriah Junuh.. alhamdulillah tuhan mengurniakan aku anak-anak yang sihat.. menten Yah yer..

 Hairi Ahmad.. dulu puok ni laaa duk perabih rokok keda mek dio.. Mok Cik Nikmah.. Pok Li tu.. make kueh 3 bayar 1 jah nge Brehing

 Norlaili Haji Hussin (SINGER).. penat Lili tu ajar Ayik Makan, tapi Ayik tengok jer.. tu yang sekeping jer Mr. President tu

 Hasni.. bersemangat cerita pada kawan-kawan macam mana dia jalan masa ponteng kelas Cikgu Jamilah dulu

 Rosdi Mohamad bersama Ketua Pengawas Bekeng 1993, Idah dan Yah.. dulu sedi ni kita panggil Sedi Tungge, loni dia tok tungge doh, tunggengkan orang jer selalu... Maaf zahir dan batin.. itik tu bila nak make nge bulu-bulu ha ha ha

 Zuki dan Daud bersalaman dengan Rosli dan Ujud setelah lama tidak berjumpa.. tapi kita bersahabat sampai kemati.. mudahan suatu masa kita akan berjumpa lagi, datanglaa rumah i nanti yer..

 Memang nama kita sama, ko Rosli aku pun Rosli, tapi aku lagi hebat sebab aku dapat 'tackle' awek kampung mu ha ha..


 Za, Ni dan Dah.. terima kasih pada semua.. lama tok jumpa kalian.. nanti kita jumpa lagi di majlis perkahwinan sahabat kita.. siapa? tunggu dan sediakan duit 'ngele'..

 Ila, Lili dan Nono.. kalu tidok gak Lili tu kakok ipar aku dulu ahaks.. kan Kak Lili.. Kak! he he he he tapi kito noreh jah, tu yang tok jadi tu.. Ila sahabat kepada adik ku..


Erm untuk sahabat-sahabatku, kesempatan ini ingin aku berterima kasih kepada suamiku kerana memahami dan menyedari bahawa dalam dunia keluarga kita ada dunia persahabatan ku.. terima kasih kerana sudi menghadiri atau membenarkan aku menghadiri majlis ini... aku sayang padamu.. maaf zahir dan batin..

Antara yang datang 'on time', masih cantik seperti dulu-dulu, tapi sayang Cikgu Akbar Basha tidak dapat datang, rindu jugak dengan 'senapar tawarnyer' ...

Wajah-wajah terkini sahabat-sahabat lama, ader yang bertambah saiz dan ader yang bertambah rambut, Su-Pokli-Mat Nasir-Ije-Shariza-Hairi-Pok Yuh-Ustaz Daud-Zaidi

 Muka sekor-sekor kalau budak tengok boleh kene Sawan.. tapi jiwa halus.. tengok cerita hindi siap boleh nangis Mak Ujud, Imi Congo nge Pok Li tu skali

 Pok Yuh sememangnyer mesra kanak-kanak, dia pun 'baby face' cute macam ice cream tu

Ha inilah dahulunya Juara Lompat Jauh 1993, Sedi Tunggey.. tapi misi tahun ni nak cari duit raya..

Ini adalah group Reunion Junior, jambu-jambu dan hensem-hensem..


Yang masih 'maintain' tu haaa yang tengah lap mulut tu.. namanyer Zuki Kugho.. Smak sapa tuo


Ha ha ha ha ha ha semua dah jadi mak orang, dulu kemain top yer kat sekolah.. Nono tu Ketua Pengawas 1993 - Garang habis

Yang baju Pink Semacam tu Azrai, Pok Yuh.. tapi yang banyak kisahnyer ni haaa Abe Wa kito.. dulu kito panggil badak tapi loni dk doh.. smak dio blako..


Kalu dengar 'oghe' melaung malam-malam buto haaa inilah Imi Konggo, atuknya adalah bekas tentera Malaya yang menyertai misi Pengaman PBB Ke Congo pada era 'WW II'

Sarina yang masih manis senyumannyer .. tahun depan kita buat lagi gempak..
(Tq for Food & Beverages)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

aku/kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf diatas dosa-dosa yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan sepanjang persahabatan kita, sepanjang perkenalan kita, sepanjang perhubungan kita.. sekiranya aku mendahuluimu/kalian, halalkan segalanya..semoga hidup kita sentiasa di cucuri rahmatNya...

'Nothing is interesting if you're not interested'
mae pok

anda ada bingkisan untuk dikongsikan, email to ei_smile@yahoo.com.my